Saturday, August 22, 2009

month of serenity.

kenapa start bulan puasa sahaja, semua orang tiba tiba insaf? tu pun bukan semua orang, ada juga yang tak puasa, curi makan gak, cari port mana mana, suruh kawan kawan cina dorang pergi pergi makanan lepas tu makan besar besaran mana mana port yang kosong. tapi bagi aku la, aku rasa yang tak puasa pun lagi jujur dari orang yang buat muka puasa, lemah sebab nak balik cepat dari kerja, tidur lepas tu bukak puasa. solat boleh pulak terlupa. Lupa solat takpe lagi, yang buat juga benda benda tak senonoh lepas berbuka puasa tu, apa nak jadi dengan orang orang zaman sekarang ni? hipikrit sial! alamak, ter-mencarut pulak tiba tiba dalam bulan Ramadhan ni, minta maaf ah, aku cuba tak mencarut lepas ni, tapi setiap kali aku mencuba, lagi banyak pulak aku mencarut. Pening pulak kepala otak ni. continue la....

sebenarnya aku sendiri pun tak boleh nak comment sangat tentang hal hal ni gak sebab aku pun orang zaman sekarang. aku memang malu la, kalau boleh nak juga aku lari time time mak bapak aku dulu, baik sikit kot, walaupun style hancur tapi atleast dorang tak ada lah nak seganas kita semua ni. tapi fikir fikir balik, zaman dulu dengan zaman sekarang ni pun sama sahaja la. ada juga orang yang tak puasa, tak sembahyang, tak menunaikan perintah Allah. Maksiat merata rata. aku pun tahu aku ni bukan baik mana tapi atleast aku tahu juga baik buruk dunia ni, i mean, kitorang ni semua menumpang sahaja dalam dunia ni, nanti dah mati nanti tahu ke nak pergi mana? faham faham lah sendiri.

lagi satu ni, kenapa bulan puasa ni semua orang macam makin malas ek? tahu lah letih tak dapat makan lunch tapi sampai nak buat muka expired setiap kali boss suruh tolong buat kerja tu nak buat apa? nak pahala tapi niat tak ada. suruh pergi senmbahyang terawih ada pulak alasan ada hal kena keluar, balik balik terjumpa tengah lepak kat mamak mamak mengumpat pasal Mak Bedah sebelah rumah or budak gampang yang langgar kereta kau bila nak balik berbuka tadi lepas tu nak plan pergi attack budak tu. tak ke kena tarik balik pahal puasa engkau tu? bodoh!

aku rasa lepas aku habis tulis blog ni, pahala aku pun tinggal separuh sebab banyak pulak aku mencarut. so daripada aku mencarut lagi pasal orang orang tak guna, baik aku pergi jaga anak adik aku tu lepas tu masak untuk keluarga. 1st day of puasa, makan la dengan family semua k? tak payah nak lepak jumpa kawan kawan, kalau nak jumpa juga, jom, jumpa dekat masjid bila nak sembahyang terawih. Masjid Al-falak dekat USJ9 tu besar, pergi penuh kan. aku pergi juga la.

=D

No comments: